FAQ

Soalan ringkas sebelum print.

Kalau ada soalan lain, hubungi kami melalui WhatsApp atau Telegram. Kami akan semak file dan confirm harga final sebelum print.

1. Apa servis yang nakprint.com sediakan?

Buat masa ini kami sediakan servis print A4, fotostat A4 dan scan dokumen A4.

2. Boleh print lewat malam?

Ya. Kami beroperasi Isnin hingga Sabtu, 12:00 tengah hari hingga 11:30 malam. Ahad tutup.

3. Di mana lokasi nakprint.com dan landmark kedai?

Kami berada di dalam Originald Vaporverse, 95, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak. Landmark mudah: sebelah Restoran Nasi Kandar Bharkat dan Kopi Saigon Taman Cempaka, berhadapan Stesen Minyak Caltex.

4. Boleh hantar file melalui WhatsApp atau Telegram?

Boleh. Hantar file dulu melalui WhatsApp atau Telegram, kami semak jumlah muka surat dan confirm harga sebelum print.

5. Macam mana nak tempah melalui Telegram?

Tekan butang Telegram Nak Print untuk buka bot rasmi kami. Tekan Mula Tempahan Print, hantar file dan bot akan pandu langkah seterusnya.

6. Boleh semak status printing dalam Telegram?

Boleh. Selepas bayaran diterima, anda boleh semak status order dalam Telegram sebelum datang ambil.

7. WhatsApp masih boleh digunakan?

Ya. WhatsApp kekal tersedia untuk pertanyaan dan urusan print. Telegram ialah pilihan tambahan untuk tempahan melalui bot.

8. Perlu bayar dulu ke?

Ya. Untuk order online melalui WhatsApp atau Telegram, cetakan hanya diproses selepas bayaran diterima.

9. Ada minimum order online?

Ya, minimum order online ialah RM2.00. Untuk walk-in, cetakan kecil tetap boleh.

10. Format file apa paling sesuai?

PDF paling sesuai kerana lebih mudah semak page dan format biasanya lebih stabil untuk print.

11. Kalau saya salah bagi file atau arahan print?

Kami akan print mengikut file dan arahan yang pelanggan sahkan. Sila semak file, jumlah salinan, pilihan hitam putih atau warna, page range dan arahan lain sebelum bayaran dibuat. Kesilapan daripada file atau arahan pelanggan selepas disahkan bukan di bawah tanggungjawab nakprint.com.

12. Ada servis binding, spiral atau hardcover?

Belum ada buat masa ini. Kami hanya fokus pada print, fotostat dan scan dahulu.

13. Kertas apa yang digunakan?

Kami gunakan kertas A4 80gsm untuk hasil cetakan yang lebih kemas dan solid.

Telegram WhatsApp